Selasa, 2 Februari 2010

keikhlasan dan pengorbanan

assalamualaikum wbt
 insyaAllah hari ni na membincangkan pasal satu topik yang sokmo2 diperkataknikhlas dan berkorban.hmm rasa2nya sume org da boleh membayangkan ape yang boleh direlatekan dengan kehidupan seharian..sebelum kome nak merelate2 cuba kome hayati kisah seorang sahabat rasulullah saw yang nama nya ANAS BIN NADHR,penah dengor? insyaalah penah..kita ni walaupun da banyak memgenali nama2 artis tapi kita juga perlulah  tahu sedikit sebanyak nama2 dan sirah sahabat...insyaAllah sekadar perkongsian ilmu..


KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR

Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan Badar. Dia berasa kesal kerana tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal yang demikian dia senantiasa menanti-nanti peluang untuk menyertai peperangan untuk menebuskan apa yang dianggapnya suatu kerugian bagi dirinya. Kesempatan yang dinanti-nantinya itupun tibalah apabila berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya. Anas pun dengan serta merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat kejihadan yang tulin maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang dihadapi mereka berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang mengatasi pihak musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan.
                        Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar sepasukan pemanah-pemanah yang terdiri daripada 50 orang untuk menguasai tentera berkuda pihak musuh yang mungkin menyerang tentera Muslimin dari belakang. Mereka diperintahkan supaya menetap diatas sebuah bukit dibelakang tentera Muslimin selagi mereka tidak menerima arahan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menyuruh mereka berundur dari situ. Tetapi mereka ini telah mengingkari arahan Baginda s.a.w. Apabila mereka lihat askar-askar musuh lari lintang pikang, diburu oleh Mujahid-Mujahid Islam, mereka menyangka yang kemenangan telah pun tercapai lantas meninggalkan tempat mereka sambil berkejar-kejaran untuk mendapatkan harta rampasan. Yang tinggal diatas bukit itu hanyalah ketua mereka dan beberapa orang yang masih taat. Apabila dilihat oleh pemimpin tentera mushrikin yang bukit itu telah terdedah, dia pun mengerah pasukannya menyebu dan membunuh tentera panah Muslimin yang masih bertahan diatasnya dan melancarkan serangan balas terhadap tentera muslimin dari belakang ketika mereka sedang asyik mengumpulkan tentera rampasan.Dalam keadaan kelam kabut inilah Anas terpandang kepada Saad bin Maaz yang sedang melalui hadapannya. Dia memekik mengatakan:"Ya Saad! Kemana engkau? Demi Allah! Aku mencium bau Syurga yang datangnya dari Jabal Uhud".
                        Dengan berkata demikian dia pun menerkam musuh lalu menentang mereka habis-habisan sehingga dia gugur sebagai Syahid dimedan peperangan. Apabila badannya yang berlumuran darah itu diperiksa terdapat tidak kurang dari 80 liang luka semuanya.Tidak ada siapa yang dapat mengenalinya melainkan saudara perempuannya sahaja. Orang yang berjihad dijalan Allah s.w.t.. dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecap nikmat syurga didunia ini dan diakirat. Demikianlah hal keadaannya dengan sahabat Anas bin Nadhr

hm..keikhlasan hati anas bin nadhr menyebabkan beliau berjuang dengan bersungguh dengan penuh kecintaan kepada allah sehingga dapat mengatakan "aku mencium bau syurga dari bukit uhud!!!" ya Alah sedangkan kita berkira2dengan tugasan kita untuk melakukan sesuatu projek tetapi sahabat rasulullah tidak pernah berkira malah dengan rela hati berjihad di jalan allah..yakinlah dengan ingat Allah hati akan jadi tenang..segala pekerjaan yang dilakukan akan terasa mudah dan ringan ..jadi hasil yang dilakukan adalah sesuatu yang amat sempurna!!! dengan izin Allah..