Khamis, 24 Disember 2009

Air Mata Taubat Adalah Air Yang Paling Suci


















Gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorangyang berada dipadang pasir bersama tunggangannya, yang dia atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar disebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta-merta is memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan:"Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu"(salah dalam berucap kerana gembiranya)

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah Subhanahuwa Ta'ala senang dengan taubat hambanya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredhaanNya. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

.........dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(Surah An-Nur:Ayat31)

Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran didalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran didalam hati dan titisan air mata. yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah dan kuci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari 'azab Allah' maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu. Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya mengigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya akan menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal dan berlumba-lumba menghadapi hari-hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui shirath(jambatan) yang berada di atas neraka jahannam dengan secepat kilat.

Rabu, 23 Disember 2009

Perkara Yang Boleh Memberi Hiburan & Kelapangan


  
Perkara terpenting dalam hidup ialah menentukan matlamat kita adalah matlamat Ilahi. Matlamat Ilahi mendatangkan kepuasan  kepada diri kita sendiri.

Hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

“Tanda-tanda kelazatan iman ialah Allah dan Rasul yang paling dikasihi”.

Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.

Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah:

1.Iman.

Cahaya iman melapangkan dada. Tanpa iman bererti seseorang berada dalam kegelapan. Malah itulah kegelapan hakiki. Sekiranya kita berada dalam kegelapan maka kita akan merasa susah, derita dan sempit dalam hidup. Seandainya kita hidup dalam cahaya iman, maka kita akan merasa lapang dan tenang.

2.Ilmu.

Ilmu akan melapangkan dada kita. Kejahilan mewarisi kesempitan jiwa. Kejahilan juga akan menyebabkan kita merasa terpenjara dan terbelenggu. Dengan bertambahnya ilmu seorang hamba akan lebih senang.

Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfae­dah. Orang yang memiliki ilmu ini adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya.

3.Muraqabah.

Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala ialah menumpukan sepenuh hati kepada Allah Subhanahuwata’ala. Seseorang akan merasai nikmat dengan beriba­dah kepada-Nya semata-mata. Kalau seseorang itu terikat dengan yang lain dalam ibadahnya, maka dia akan merasa lemah dan sempit.

Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala mencetuskan rasa cinta atau kasih seseorang kepada-Nya. Dengan bertambahnya kasih kita kepada Allah Subhanahuwata’ala, kita akan merasa bertambah tenang. Sebaliknya, kita akan merasa sempit melihat orang yang tidak kasih kepada Allah Subhanahuwata’ala, serta merasa lemas melihat orang yang melanggar perintah Allah Subhanahuwata’ala.

Oleh itu apabila hati kita merasa aman melihat perbuatan yang tidak baik maka cepat-cepatlah berjumpa sahabat untuk ditarbiyah sebelum hati itu keras.

Ibn Qayyim pernah berkata, “Orang yang cinta kepada Allah meman­dang orang yang melanggar perintah Allah seperti memandang sam­pah. Matanya sakit melihat perbuatan tersebut.”

Dalam satu sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah, “...Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka”.

Benci yang dimaksudkan di sini ialah benci kepada perbuatan mungkar dan berusaha pula menarik seseorang ke jalan yang benar sebagai hamba Allah semata-mata.

Orang yang kasihkan selain daripada Allah, akan diazab oleh Allah dengan benda yang dikasihinya. Benda itu akan mengurungkan hati­nya dan bumi ini akan menyusahkannya.      

4.Ihsan.

Ihsan juga adalah sifat yang boleh memberi ketenangan kepada hati. Ihsan kepada makhluk memberi manfaat kepada makhluk disamp­ing diri sendiri. Oleh itu berikanlah ihsan kepada makhluk, kepada binatang, hatta kepada orang kafir.

Orang yang pemurah dan ihsan adalah orang yang paling lapang jiwanya dan paling baik perasaannya. Hatinya merasai nikmat.

Sebaliknya, orang yang bakhil dan tiada ihsan  adalah orang yang paling sempit jiwanya dan susah hidupnya. Walaupun kelihatan mewah tetapi perasaannya susah. Allah menyempitkan jiwanya.

5.Berani

Orang yang berani akan  lapang dada dan tenang. Berani di sini bukanlah berani membuta tuli dan tiada pimpinan. Bahkan berani di sini ialah berani sebagai seorang beriman. Berani memperjuangkan hak. Berani kerana Allah Subhanahuwata’ala semata-mata.

Dengan berani sebegini, maka hati tidak takut kepada sesiapa. Justeru itu hati rasa luas dan lapang.

Pengecut pula menyebabkan dada menjadi paling sempit, hilang kelazatan dan hati terkurung sepertimana terkurungnya binatang.

6.Keluar daripada saki baki hati yang keji seperti sifat hasad dengki.

Sifat-sifat keji akan mengazabkan hati kita. Orang yang memiliki sifat-sifat keji tidak akan mendapat habuan merasai terhibur.

7.Menjaga mata.

Menjaga mata bermakna tidak melihat perkara-perkara maksiat atau perkara-perkara yang  tidak perlu kita lihat.

8.Menjaga lidah.

Meninggalkan percakapan keji dan perkara yang tidak perlu dica­kap. Bahaya percakapan sangatlah banyak. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada menjelaskan (yang bermahfum), “Kalau kamu tidak banyak bercakap, maka kamu akan nampak apa yang aku nampak”.

9.Menjaga telinga. 

Memelihara telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya didengar. Kalau tidak perkara-perkara yang didengarkan itu akan menyemakkan hati.

10.Menjaga pergaulan.

11.Meninggalkan pergaulan yang tidak berfaedah.

12.Tidak makan berlebihan dan meninggalkan makanan yang tidak berfaedah.

13.Meninggalkan tidur supaya tidak melebihi daripada sepatutnya.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh

Rasulullahlah Sallallahu’alaihiwasallam adalah ikutan kita dalam mendapatkan hiburan dan kelapangan hidup. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam makhluk terbaik yang memiliki faktor-faktor yang memberi hiburan dan kelapangan kepada jiwa. Oleh itu makhluk yang paling baik, terhibur dan terlapang ialah makhluk yang paling banyak mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Kemuncak kesenangan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ialah dengan mendapatkan kesenangan dada dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala. Begitulah juga para pengikut baginda akan turut mendapat bahagian kesenangan dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala Allah Subhanahuwata’ala akan menjaga, mempertahan­kan, memuliakan, memperkuatkan dan menolong para pengikut setakat mana mereka mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah Subhanahuwata’ala. Sebaliknya kalau dia mendapat yang tidak baik, maka janganlah dia mencaci Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan persalahkanlah diri sendiri.  Mungkin pada dirinya terdapat sifat pengecut, bakhil, menentang Allah, lalai berzikir kepada Allah, jahil dengan Allah, jahil dengan nama dan sifat Allah Subhanahuwata’ala atau bergantung kepada selain daripa­da Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya sesiapa yang bersifat sedemikian diharamkan jiwanya daripada merasa bahagia.

Roh atau hati yang merasai bahagia

Yang merasai bahagia ialah roh atau hati. Kalau kita abaikan faktor-faktor tadi, maka hati akan menderita. Hakikatnya bukanlah telinga, mata atau anggota zahir yang merasai tetapi hati. Hibu­ran hati lebih sedap dan puas daripada hiburan zahir.

Nikmat hati yang kita terima bukanlah terhenti di dunia sahaja, bahkan berterusan hingga ke alam Barzakh. Alam Barzakh akan menjadi taman syurga dan menghiburkan. Sebaliknya hati yang sempit di dunia akan terus terazab di alam Barzakh.

Dengan nikmat hati, orang yang berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala tidak akan merasa penat lantaran dia merasai kelazatan.

Oleh: Abu Muhammad
Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyim)

Isnin, 21 Disember 2009

hazihi usraotieyyy...


ini abah saya,
abah saya seorang anggota polis
yang selalu meletupkan bom-
namanya MOHD AZANI BIN ROSDI





 yang bertudung hijau itu ma saya,
namanya siti fatimah Awang
.Umurnya 39 tahun.
Suri rumah sepenuh masa

  ok,memperkenalkan barisan adik beradik saya
,yang no 2 adalah yang bertudung kunin,
namanya nurhamira,20 tahun,Mcya
yang ketiga awek yang bebaju pink ,nurhanim@mcha ,17 tahun
yang keempat.tudung hitam.tocik nama manjanya,16 taun

ni adik bongsu,m.Asyraaf.baru berusia 12 tahun
orang panggil Lah



yang ni nama dia Danial Danish.
Anak asuhan.2 taun ma...
sangat suka bemain laptop saya..










nyam..nyam..nyam..sedapnye cream puff


Cream Puff

Sumber : Umi Imah
Kiriman : Jeni

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung – diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

Cara Membuatnya
  1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
  2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.
Custard Filling
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara Membuatnya
  1. Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.


Ahad, 20 Disember 2009

desiran hati yang mendayu..ya Allah..

tatkala jari 'tirus' ini menekan keyboard,kaki mula berenyut-denyut dek sang nyamuk yang iri hati dengan daku..pehal la nyamuk ni...berilakah aku kedamaian..
hm...
sudah puas aku merenung..kapan tiba saat itu...
kapan tiba saat kau kembali mengetap bibir memuji keagungan Illahi..kapan bila ??aku takut saat itu ,saat kau baru terngadah untuk merapatkan dahi menyukur di bumi yang penuh dengan tipu nista..saat itu sudah terlambat..aku bukan takutkan mu tp dengan diriku lagi..
kadang-kadang alpa dengan nikmat senang dan sihat..

namun ku tidak lupa dalam setiap doaku kau tetap setia didalam doa rabitahku..namamu tidak pernah kulupa...ya Alla..kekalkan kemesraan kami ya Allah...Ya Allah kami berkumpul kerana merindui mahabbahMu ya Allah...
 ya Allah ..apakah mimipiku terselamat dari ombak besar membawa satu erti yang bermakna?
ya Allah ....tatkala aku menulis warkah ini..air mata ku bergenang..menantikan saat nya...

ya Allah..aku rindu kan Mu..jangan kau tenggelamkan aku selain daripada cinta kepadaMu...

Ya Allah..biarkan orang yang aku kasihi bersama-sama hanyut dalam cintaMu..
bersatu memikul beban dakwah Mu...

BILA HATI BERKARAT....


Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air."

Seorang sahabat telah bertanya,
"Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"

Maka jawab Rasulullah,
"Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.
Rasulullah bersabda :
"Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong."
Riwayat At Tirmizi



Links to this post JagalahHati , renungan

Rabu, 16 Disember 2009

mereka?bukan halangan..

Mereka Bukan Halangan
www.iluvislam.com
dihantar oleh: afifahazam
editor: deynarashid


Sebahagian daripada kita ada yang menghadapi masalah dalam mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing untuk terlibat dengan program-program da’wah dan tarbiyah.
Sehingga timbullah perselisihan dan sebagainya.

Hal ini terjadi mungkin kerana ketidakfahaman ibu bapa kita tentang hakikat da’wah yang sebenarnya, atau khuatir kalau-kalau anaknya terjerumus dan terlibat dengan perkara-perkara negatif yang semakin berleluasa di luar sana.

Apabila kita terlalu asyik berprogram sehingga mengabaikan keluarga, tidak hairanlah perasaan takut dan khuatir dalam diri ibu bapa kita akan timbul. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang belum memahami hakikat da’wah, tujuan-tujuannya, dan juga manhaj dalam tarbiyah itu sendiri.

Ingatlah : “Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya.”

Jika seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilakunya mencerminkan akhlak yang tinggi, mengekalkan pencapaian yang membanggakan dalam pelajaran, mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik, dan tidak pulang lewat tanpa sebab, sudah pasti ibu bapa kita akan mengizinkan semua permintaan kita yang sebelumnya tidak dibenarkan.

Malah adalah lebih baik jika ibu bapa kita mengenali siapa kenalan kita terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan kita. Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih kepercayaan.

Kita sering menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghadapi keburukan dengan kebaikan, menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa, serta menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan do’a : “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.”

Kebanyakan orang-orang yang tidak peduli kepada da’wah kita adalah orang-orang yang tidak mengenal hakikat da’wah ini. Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan, “Ketidaktahuan masyarakat akan menjadi penghalang jalan kalian. Oleh kerana itu, tugas kita yang paling mulia adalah menjadikan masyarakat mengenal hakikat da’wah kita, kerana kebersamaan mereka dengan kita adalah lebih baik.”

Allah swt. Berfirman : “Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa, tentulah kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.”
(Al-Maidah: 65)

Selasa, 15 Disember 2009

hmm.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bukanlah aneh kita membaca tulisan, atau kata-kata begini:

"Buat apa pakai tudung, tapi mulut kuat mengumpat"

"Buang masa sahaja kau solat, aurat tak tutup"

"Huh pakai kopiah, tapi mata melilau tengok perempuan".

Inilah perkataan-perkataan biasa. Boleh jadi ada manusia yang sangat baik zahirnya, menutup aurat, solat tidak tinggal, tetapi kuat mengumpat orang lain. Sebaliknya pula, bukanlah pelik kita melihat si gadis bermini skirt menderma wang kepada orang yang memerlukan.

Ini kerana kita semua manusia. Tiada manusia yang sempurna. Kita boleh jadi mempunyai kelebihan dari satu sisi, tetapi mempunyai kelemahan pada sisi yan lain.

Menidakkan kebaikan manusia hanya kerana kelemahan dia pada sudut yang lain adalah satu kezaliman.

Apalah hak kita menidakkan hak seorang gadis yang memakai skirt untuk menderma wang kepada yang memerlukan.

Apalah hak kita untuk menyekat si lelaki yang suka merenung perempuan daripada menjadi kaki masjid.

Apalah hak kita untuk menghalang pasangan yang sedang masyuk ber'dating' daripada menunaikan solat jemaah di masjid apabila masuk waktunya.

Yang salah ditegur, dinasihati, yang benar tetap benar, walau siapapun pelakunya.

Kerana kita semua manusia yang berdosa, dan sebaik manusia-manusia yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah.

Maka, fahamilah bahawa sangat salah kata-kata begini:

"Kau ni baik tak payah pakai tudung, buat malu sahaja pakai tudung tapi keluar dengan jantan"

Tegurlah yang salah, buat apalah mengeji kebaikan yang dia lakukan.

Kita, dia, aku, engkau semua adalah manusia yang berdosa. Kita lahir dengan fitrah dan suci, tetapi semakin kita membesar, terus menerus dosa dilakukan sama ada sedar atau tidak.

Itulah fungsinya taubat yang akan menghapuskan noda-noda hitam di dalam diri kita.

Setelah menyedari bahawa kita adalah insan yang berdosa, lalu, wajarlah kita terima manusia seadanya, terima kelebihan mereka, dan nasihati kelemahan mereka.

Bersyukur atas kelebihan kita, dan menerima nasihat atas kelemahan yang ada.

Tetapi, menjadi manusia bukanlah alasan buat kita menjadi pelaku dosa. Jangan kita pula berbangga menjadi manusia pelaku dosa lantaran wujudnya hadis yang menyatakan Islam akan ditegakkan oleh insan-insan pelaku dosa (:insan jahat).