Isnin, 20 September 2010

saye tak tau nak kata ape?

assalamualaikum...
jam 03:29
hari selasa kot...
lama tak tulis ada niat tapi bak kata orang peghlih nih~"segan" haha pemalas la...bukan malu2 wat pe nak malu bukan de orang nampak tapi Tuhan ada...da malam2 ni eh da pagi bute nih tak reti la mata nak katup wat camana td den lapaq ayaq nescafe...mai secawe! JD dah pueh p merantau ke bilik kawan sume da lelap ada la si NANA .NORA DANISH .SALEHA . yang masih tak reti2 nak tidor..takpa la depa kelaih pukoi 11 aku semilan da kene masuk studio..aih maleh sungguh nak masuk kelas vokal tapi maleh2 takleh layan  sangat sbb bawu lepas cuti raye takkan nak malas dah!
buat rumet yang sudah ketiduran NURHIKMAH AHMAD. selamat tidoq na~~~
jelez la tgk org dapat tido sbb aku ni jenis susah tdo malam samapai rumet dulu HALIMATON SAADIAH penah la wat satu brosure pasal insomia ke pe yg penyekit org takmo tdow nih! huh memg den takle lupa la rumet fes ni macam2 kenangan ..ada satu malam den bangun2 tengok2 den tengah peluk sesuatu..nak buke mate takut gak sbb  semacam jerk rasa  rupe2nyer si maton..tidow sebelah aku nasib baek masa tuh aku tak sebesAq nih!hahaha ..matun kata :'aku takut a num..." sampai sekarang kalau aku sedih aku akan menangis di bahu beliau yg agak sedap untuk melelehkan air+taik mate ni..hehe...
rumet kedua bernama AYNI NADIA..sweet jer..teringat td kata2 seorang hamba;;kalau bilik dulu..m...malas aku nak kata sbb ..hm...biaq la...
nak caka[ pasai pe ea?
 ok kita akan cakap pasai DEATH.
OK?
hmmmmm..
arituh aku p la sepital kat umah sbb da lemuih dengan sepitai kangaq yang asek2 kalao p takde pe2 a...bile balik hspital gerik terus dapat detek penyekit aku...ngkome penah dengor pasal tiroid tak?mesti penah kan?
masuk sepital dengan penuh kemalsan..sebenonyer aku dah kene sound ngan nenek dan ayah dan adek aku yg jd nes tuh...sbb aku wat derk jerk...aku takut sebeno ngan jarum tuh... pi sana pulak kene amik darah... dahle aku jenis takcukup darah amikle pulak kan pastu jalan tehuyung hayang macam jetli bekungfu mabuk melintas jalan raya ditengah kepanasan...alhamdulillah aku bejaya jugak sampai umah dengan penuh tenaga!
 tgu 3 minggu lepas raye laye la pi la balik sepital dengan takutnya sbb nak tgk blood test pastu dr tanya ada keturunana kanser tak?bederau darah!aku kata takde..pastu dr tanya makan lalu tak?sejuk tak?selalu letih tak?aku angguk jerk bekali2 ..dr cino tuh kat 'lu sakit tiroid..itu bengkak dekat tengkuk..tapi saya manyak helan ini sakit akan bagi pesakit kurus kkering tapi lu laen macam! malu bukan kepalang!nes2 sume senyum kambing hehehehe..yela aku taw aku gemuk tapi jangan la peli sangat dokte woi! ha kang aku da marah ni..!hehe..tp ..
jd den pon diberi ubat lagi menambahkan koleksi dan khazanah ubat2an aku...balik dengan seribu 1 kebanggaan !dapat ubat sempena hari raya!ubat tuh memg kasi selera makan aku lagi naik/.taktau taun depan ade lag pogram the biggest loser tuh nak masuk jugak ..(iklan)
balik2 aku repot la kat abah ..'abah dr kate ore ada tiroid' abah:'mu ni takde aih ngaji mati doh!"hahahahahahah
aku gelak sekuat hati,,taktaw dalam hati gembira ke sedih ...yg pasti perkataan yg tekelua"kalu ore mati abah amikle laptop ore .ore wakaf kat abah"abah pon senyum sambil mencedok lauk dalam pinggan"mu kalu nak mati bia mati sebulan lepas mu kijo..bawu aku dapat rasa gaji mung!"hahahahaahahha
 aku kadang tak paham gak ngan abah aku dalam anak dia tengah menghitung hari bape hari le lagi buleh hidup buleh die kata gituh! hai nasib badan,,,takpe at least aku terubat dengan kata2 abah..

*buat kawan kalau aku sampai ajal dulu dr korang aku mintak ampun banyak2...aku tau aku banyak wat orang tak suke ngan aku..kdg2 mulut aku laser  kdg2 aku tak cakap kadang aku  nampak biadap! ntahle...mintak maap ye ngkome..halalkan makan minum aku...kalau ade hutang halalkan yea..kalau banyak tuntuk ngan abah aku hehe...die banyak duit!

dah lame tak rase nikmat paling besar!dah lama aku mati sebena nyer..mati hati...
ntahle betul gak kate ma aku.."anum nanti da masuk sekulah mengajar takyah la ngaja muzik lagi...tak sesuai ngan anum..sekarang ni pon lama ma tak denga anum ngaji...hehe lama ke ma??adela tapi tak selama dulu skarang short form jer time die kalau bace \\...tu la.. penah dengar sorang pakcik berkata bila iman jatuh bibir akan sentiasa meperkatakan sesuatu yg lalai...telinga akan sentiasa kata mendengaq nyanyian lalai..umpatan..hati akan sentiaa bersangka buruk...hm...

 dah lama takrase cinta yang terhangat!dh lama takrase kasih yang membara!dah lama!
apelagi...???
 banyak kali dok tasmik dan tarjim ayat surah attaubah :41..infiru...
berangkatlah kamu....

mungkin betul kata ma ...
aku serahkan kat Allah apa yang ditetapkan,,sbb kalao aku yg gile2 merancang Allah yang Super Menentukan!
 jadi pe lagi kawan2!!!!
jum le kite bangun dari selimut yg tak sampai 3 kilo untuk berdua-duaan dengan Pencipta kita...
jumle kite basahkan sejadah kite dengan ayor mate yang bertakungkan dose2 kite!
mohle~

ape yang aku ngomong hari ni adalah berniatkan satu!
meningkatkan kecintaan kite kepada yg Sebenarnye,,,tiada niat lain...
semuga kita dimatikan dalam keimanan

Khamis, 8 April 2010

joe. oh joe...

joe!mai sini sat!! joe dtg dgn gaya paling macho..mentg2 muka macam piere andre..joe anak murid liza kelas 3 g,aku tatap muka joe.."joe..joe tak sayang ckgu ke?" tewos menitik air mata tip tap tiop tap hujan dah turun..hm...kenapa nangis joe,,cgu tak marah pon..tadi bila cgu panggil dengan nada marah awak siap kata "napa cikgu?nak duit?lantas menegluarkkan sekeping not seringgit..amboi..tapi bila cikgu ubah tone..nape joe..tak sayang cikgu ke sambil pegg tangan dia..tatatp muka dia macam anal sendiri..mau tak kalut aku...hahaha..aku takkan lupa anak murid aku bernama joe handson

Selasa, 2 Februari 2010

keikhlasan dan pengorbanan

assalamualaikum wbt
 insyaAllah hari ni na membincangkan pasal satu topik yang sokmo2 diperkataknikhlas dan berkorban.hmm rasa2nya sume org da boleh membayangkan ape yang boleh direlatekan dengan kehidupan seharian..sebelum kome nak merelate2 cuba kome hayati kisah seorang sahabat rasulullah saw yang nama nya ANAS BIN NADHR,penah dengor? insyaalah penah..kita ni walaupun da banyak memgenali nama2 artis tapi kita juga perlulah  tahu sedikit sebanyak nama2 dan sirah sahabat...insyaAllah sekadar perkongsian ilmu..


KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR

Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan Badar. Dia berasa kesal kerana tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal yang demikian dia senantiasa menanti-nanti peluang untuk menyertai peperangan untuk menebuskan apa yang dianggapnya suatu kerugian bagi dirinya. Kesempatan yang dinanti-nantinya itupun tibalah apabila berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya. Anas pun dengan serta merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat kejihadan yang tulin maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang dihadapi mereka berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang mengatasi pihak musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan.
                        Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar sepasukan pemanah-pemanah yang terdiri daripada 50 orang untuk menguasai tentera berkuda pihak musuh yang mungkin menyerang tentera Muslimin dari belakang. Mereka diperintahkan supaya menetap diatas sebuah bukit dibelakang tentera Muslimin selagi mereka tidak menerima arahan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menyuruh mereka berundur dari situ. Tetapi mereka ini telah mengingkari arahan Baginda s.a.w. Apabila mereka lihat askar-askar musuh lari lintang pikang, diburu oleh Mujahid-Mujahid Islam, mereka menyangka yang kemenangan telah pun tercapai lantas meninggalkan tempat mereka sambil berkejar-kejaran untuk mendapatkan harta rampasan. Yang tinggal diatas bukit itu hanyalah ketua mereka dan beberapa orang yang masih taat. Apabila dilihat oleh pemimpin tentera mushrikin yang bukit itu telah terdedah, dia pun mengerah pasukannya menyebu dan membunuh tentera panah Muslimin yang masih bertahan diatasnya dan melancarkan serangan balas terhadap tentera muslimin dari belakang ketika mereka sedang asyik mengumpulkan tentera rampasan.Dalam keadaan kelam kabut inilah Anas terpandang kepada Saad bin Maaz yang sedang melalui hadapannya. Dia memekik mengatakan:"Ya Saad! Kemana engkau? Demi Allah! Aku mencium bau Syurga yang datangnya dari Jabal Uhud".
                        Dengan berkata demikian dia pun menerkam musuh lalu menentang mereka habis-habisan sehingga dia gugur sebagai Syahid dimedan peperangan. Apabila badannya yang berlumuran darah itu diperiksa terdapat tidak kurang dari 80 liang luka semuanya.Tidak ada siapa yang dapat mengenalinya melainkan saudara perempuannya sahaja. Orang yang berjihad dijalan Allah s.w.t.. dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecap nikmat syurga didunia ini dan diakirat. Demikianlah hal keadaannya dengan sahabat Anas bin Nadhr

hm..keikhlasan hati anas bin nadhr menyebabkan beliau berjuang dengan bersungguh dengan penuh kecintaan kepada allah sehingga dapat mengatakan "aku mencium bau syurga dari bukit uhud!!!" ya Alah sedangkan kita berkira2dengan tugasan kita untuk melakukan sesuatu projek tetapi sahabat rasulullah tidak pernah berkira malah dengan rela hati berjihad di jalan allah..yakinlah dengan ingat Allah hati akan jadi tenang..segala pekerjaan yang dilakukan akan terasa mudah dan ringan ..jadi hasil yang dilakukan adalah sesuatu yang amat sempurna!!! dengan izin Allah..


Selasa, 26 Januari 2010

satu perubahan

salam...da lama tak menconteng kat blog lagi..
da besawang belalang da aku nengok
tajuk arini adalah 1 perubahan..mesti kome sume tetanya2 pe yg berubah??aku pon tak taw
tapi yg pasti ada satu revolusi yg akan belaku selepas ini..




di saat ini aku mintak maaf...
tak taw lepas ni pe akan belaku lagi macam2 ujian yg datang..kadg2 aku rasa ak p panjat bukit kat kg ujung bukit n teriak"!!!!
aku sayang korg..
maaf sbb da 4 taun aku tak penah luah pe2...

aku taw aku memg tak dipandang oleh sape2 aku tak de pe istmewa pon tapi aku masih boleh brdiri diatas kaki sendiri...

hayatilah lirik lagu ini yg sememgnye korg selalu dgr aku nyanyik lagu ini...


 menaruh harapan..

sepanjang perjalanan ini..
lembah dan lurah ku lewati..
ketenangan yg kucari..
belum kutemui


ku menghimoun doa bertahu..mencari pepohon yang rimbun...
bertemu dahan yg rapuh..
tempatku berteduh..


c/o
 dulu aku sendiri
kini masih sendiri
hadapi  hidup ini....


susah senaang diriku
tak bertempat mengadu
seperti burang kepatahan sayap
di hati kecil ku manaruh harapan...


selagi hidup belum sudah..aku akan terus melangkah.....
ku yakin rahmat buatku
dihadapan menunggu...


ya Allah tabahkanlah hati aku tetapkanlah hati ini supaya terus sabar dengan ujian Mu...Amin..

Khamis, 24 Disember 2009

Air Mata Taubat Adalah Air Yang Paling Suci


















Gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorangyang berada dipadang pasir bersama tunggangannya, yang dia atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar disebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta-merta is memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan:"Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu"(salah dalam berucap kerana gembiranya)

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah Subhanahuwa Ta'ala senang dengan taubat hambanya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredhaanNya. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

.........dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(Surah An-Nur:Ayat31)

Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran didalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran didalam hati dan titisan air mata. yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah dan kuci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari 'azab Allah' maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu. Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya mengigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya akan menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal dan berlumba-lumba menghadapi hari-hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui shirath(jambatan) yang berada di atas neraka jahannam dengan secepat kilat.

Rabu, 23 Disember 2009

Perkara Yang Boleh Memberi Hiburan & Kelapangan


  
Perkara terpenting dalam hidup ialah menentukan matlamat kita adalah matlamat Ilahi. Matlamat Ilahi mendatangkan kepuasan  kepada diri kita sendiri.

Hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

“Tanda-tanda kelazatan iman ialah Allah dan Rasul yang paling dikasihi”.

Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.

Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah:

1.Iman.

Cahaya iman melapangkan dada. Tanpa iman bererti seseorang berada dalam kegelapan. Malah itulah kegelapan hakiki. Sekiranya kita berada dalam kegelapan maka kita akan merasa susah, derita dan sempit dalam hidup. Seandainya kita hidup dalam cahaya iman, maka kita akan merasa lapang dan tenang.

2.Ilmu.

Ilmu akan melapangkan dada kita. Kejahilan mewarisi kesempitan jiwa. Kejahilan juga akan menyebabkan kita merasa terpenjara dan terbelenggu. Dengan bertambahnya ilmu seorang hamba akan lebih senang.

Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfae­dah. Orang yang memiliki ilmu ini adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya.

3.Muraqabah.

Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala ialah menumpukan sepenuh hati kepada Allah Subhanahuwata’ala. Seseorang akan merasai nikmat dengan beriba­dah kepada-Nya semata-mata. Kalau seseorang itu terikat dengan yang lain dalam ibadahnya, maka dia akan merasa lemah dan sempit.

Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala mencetuskan rasa cinta atau kasih seseorang kepada-Nya. Dengan bertambahnya kasih kita kepada Allah Subhanahuwata’ala, kita akan merasa bertambah tenang. Sebaliknya, kita akan merasa sempit melihat orang yang tidak kasih kepada Allah Subhanahuwata’ala, serta merasa lemas melihat orang yang melanggar perintah Allah Subhanahuwata’ala.

Oleh itu apabila hati kita merasa aman melihat perbuatan yang tidak baik maka cepat-cepatlah berjumpa sahabat untuk ditarbiyah sebelum hati itu keras.

Ibn Qayyim pernah berkata, “Orang yang cinta kepada Allah meman­dang orang yang melanggar perintah Allah seperti memandang sam­pah. Matanya sakit melihat perbuatan tersebut.”

Dalam satu sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah, “...Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka”.

Benci yang dimaksudkan di sini ialah benci kepada perbuatan mungkar dan berusaha pula menarik seseorang ke jalan yang benar sebagai hamba Allah semata-mata.

Orang yang kasihkan selain daripada Allah, akan diazab oleh Allah dengan benda yang dikasihinya. Benda itu akan mengurungkan hati­nya dan bumi ini akan menyusahkannya.      

4.Ihsan.

Ihsan juga adalah sifat yang boleh memberi ketenangan kepada hati. Ihsan kepada makhluk memberi manfaat kepada makhluk disamp­ing diri sendiri. Oleh itu berikanlah ihsan kepada makhluk, kepada binatang, hatta kepada orang kafir.

Orang yang pemurah dan ihsan adalah orang yang paling lapang jiwanya dan paling baik perasaannya. Hatinya merasai nikmat.

Sebaliknya, orang yang bakhil dan tiada ihsan  adalah orang yang paling sempit jiwanya dan susah hidupnya. Walaupun kelihatan mewah tetapi perasaannya susah. Allah menyempitkan jiwanya.

5.Berani

Orang yang berani akan  lapang dada dan tenang. Berani di sini bukanlah berani membuta tuli dan tiada pimpinan. Bahkan berani di sini ialah berani sebagai seorang beriman. Berani memperjuangkan hak. Berani kerana Allah Subhanahuwata’ala semata-mata.

Dengan berani sebegini, maka hati tidak takut kepada sesiapa. Justeru itu hati rasa luas dan lapang.

Pengecut pula menyebabkan dada menjadi paling sempit, hilang kelazatan dan hati terkurung sepertimana terkurungnya binatang.

6.Keluar daripada saki baki hati yang keji seperti sifat hasad dengki.

Sifat-sifat keji akan mengazabkan hati kita. Orang yang memiliki sifat-sifat keji tidak akan mendapat habuan merasai terhibur.

7.Menjaga mata.

Menjaga mata bermakna tidak melihat perkara-perkara maksiat atau perkara-perkara yang  tidak perlu kita lihat.

8.Menjaga lidah.

Meninggalkan percakapan keji dan perkara yang tidak perlu dica­kap. Bahaya percakapan sangatlah banyak. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada menjelaskan (yang bermahfum), “Kalau kamu tidak banyak bercakap, maka kamu akan nampak apa yang aku nampak”.

9.Menjaga telinga. 

Memelihara telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya didengar. Kalau tidak perkara-perkara yang didengarkan itu akan menyemakkan hati.

10.Menjaga pergaulan.

11.Meninggalkan pergaulan yang tidak berfaedah.

12.Tidak makan berlebihan dan meninggalkan makanan yang tidak berfaedah.

13.Meninggalkan tidur supaya tidak melebihi daripada sepatutnya.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh

Rasulullahlah Sallallahu’alaihiwasallam adalah ikutan kita dalam mendapatkan hiburan dan kelapangan hidup. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam makhluk terbaik yang memiliki faktor-faktor yang memberi hiburan dan kelapangan kepada jiwa. Oleh itu makhluk yang paling baik, terhibur dan terlapang ialah makhluk yang paling banyak mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Kemuncak kesenangan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ialah dengan mendapatkan kesenangan dada dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala. Begitulah juga para pengikut baginda akan turut mendapat bahagian kesenangan dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala Allah Subhanahuwata’ala akan menjaga, mempertahan­kan, memuliakan, memperkuatkan dan menolong para pengikut setakat mana mereka mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah Subhanahuwata’ala. Sebaliknya kalau dia mendapat yang tidak baik, maka janganlah dia mencaci Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan persalahkanlah diri sendiri.  Mungkin pada dirinya terdapat sifat pengecut, bakhil, menentang Allah, lalai berzikir kepada Allah, jahil dengan Allah, jahil dengan nama dan sifat Allah Subhanahuwata’ala atau bergantung kepada selain daripa­da Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya sesiapa yang bersifat sedemikian diharamkan jiwanya daripada merasa bahagia.

Roh atau hati yang merasai bahagia

Yang merasai bahagia ialah roh atau hati. Kalau kita abaikan faktor-faktor tadi, maka hati akan menderita. Hakikatnya bukanlah telinga, mata atau anggota zahir yang merasai tetapi hati. Hibu­ran hati lebih sedap dan puas daripada hiburan zahir.

Nikmat hati yang kita terima bukanlah terhenti di dunia sahaja, bahkan berterusan hingga ke alam Barzakh. Alam Barzakh akan menjadi taman syurga dan menghiburkan. Sebaliknya hati yang sempit di dunia akan terus terazab di alam Barzakh.

Dengan nikmat hati, orang yang berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala tidak akan merasa penat lantaran dia merasai kelazatan.

Oleh: Abu Muhammad
Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyim)

Isnin, 21 Disember 2009

hazihi usraotieyyy...


ini abah saya,
abah saya seorang anggota polis
yang selalu meletupkan bom-
namanya MOHD AZANI BIN ROSDI





 yang bertudung hijau itu ma saya,
namanya siti fatimah Awang
.Umurnya 39 tahun.
Suri rumah sepenuh masa

  ok,memperkenalkan barisan adik beradik saya
,yang no 2 adalah yang bertudung kunin,
namanya nurhamira,20 tahun,Mcya
yang ketiga awek yang bebaju pink ,nurhanim@mcha ,17 tahun
yang keempat.tudung hitam.tocik nama manjanya,16 taun

ni adik bongsu,m.Asyraaf.baru berusia 12 tahun
orang panggil Lah



yang ni nama dia Danial Danish.
Anak asuhan.2 taun ma...
sangat suka bemain laptop saya..