Khamis, 24 Disember 2009
Air Mata Taubat Adalah Air Yang Paling Suci
Rabu, 23 Disember 2009
Perkara Yang Boleh Memberi Hiburan & Kelapangan
Hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
“Tanda-tanda kelazatan iman ialah Allah dan Rasul yang paling dikasihi”.
Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.
Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah:
1.Iman.
Cahaya iman melapangkan dada. Tanpa iman bererti seseorang berada dalam kegelapan. Malah itulah kegelapan hakiki. Sekiranya kita berada dalam kegelapan maka kita akan merasa susah, derita dan sempit dalam hidup. Seandainya kita hidup dalam cahaya iman, maka kita akan merasa lapang dan tenang.
2.Ilmu.
Ilmu akan melapangkan dada kita. Kejahilan mewarisi kesempitan jiwa. Kejahilan juga akan menyebabkan kita merasa terpenjara dan terbelenggu. Dengan bertambahnya ilmu seorang hamba akan lebih senang.
Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfaedah. Orang yang memiliki ilmu ini adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya.
3.Muraqabah.
Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala ialah menumpukan sepenuh hati kepada Allah Subhanahuwata’ala. Seseorang akan merasai nikmat dengan beribadah kepada-Nya semata-mata. Kalau seseorang itu terikat dengan yang lain dalam ibadahnya, maka dia akan merasa lemah dan sempit.
Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala mencetuskan rasa cinta atau kasih seseorang kepada-Nya. Dengan bertambahnya kasih kita kepada Allah Subhanahuwata’ala, kita akan merasa bertambah tenang. Sebaliknya, kita akan merasa sempit melihat orang yang tidak kasih kepada Allah Subhanahuwata’ala, serta merasa lemas melihat orang yang melanggar perintah Allah Subhanahuwata’ala.
Oleh itu apabila hati kita merasa aman melihat perbuatan yang tidak baik maka cepat-cepatlah berjumpa sahabat untuk ditarbiyah sebelum hati itu keras.
Ibn Qayyim pernah berkata, “Orang yang cinta kepada Allah memandang orang yang melanggar perintah Allah seperti memandang sampah. Matanya sakit melihat perbuatan tersebut.”
Dalam satu sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah, “...Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka”.
Benci yang dimaksudkan di sini ialah benci kepada perbuatan mungkar dan berusaha pula menarik seseorang ke jalan yang benar sebagai hamba Allah semata-mata.
Orang yang kasihkan selain daripada Allah, akan diazab oleh Allah dengan benda yang dikasihinya. Benda itu akan mengurungkan hatinya dan bumi ini akan menyusahkannya.
4.Ihsan.
Ihsan juga adalah sifat yang boleh memberi ketenangan kepada hati. Ihsan kepada makhluk memberi manfaat kepada makhluk disamping diri sendiri. Oleh itu berikanlah ihsan kepada makhluk, kepada binatang, hatta kepada orang kafir.
Orang yang pemurah dan ihsan adalah orang yang paling lapang jiwanya dan paling baik perasaannya. Hatinya merasai nikmat.
Sebaliknya, orang yang bakhil dan tiada ihsan adalah orang yang paling sempit jiwanya dan susah hidupnya. Walaupun kelihatan mewah tetapi perasaannya susah. Allah menyempitkan jiwanya.
5.Berani
Orang yang berani akan lapang dada dan tenang. Berani di sini bukanlah berani membuta tuli dan tiada pimpinan. Bahkan berani di sini ialah berani sebagai seorang beriman. Berani memperjuangkan hak. Berani kerana Allah Subhanahuwata’ala semata-mata.
Dengan berani sebegini, maka hati tidak takut kepada sesiapa. Justeru itu hati rasa luas dan lapang.
Pengecut pula menyebabkan dada menjadi paling sempit, hilang kelazatan dan hati terkurung sepertimana terkurungnya binatang.
6.Keluar daripada saki baki hati yang keji seperti sifat hasad dengki.
Sifat-sifat keji akan mengazabkan hati kita. Orang yang memiliki sifat-sifat keji tidak akan mendapat habuan merasai terhibur.
7.Menjaga mata.
Menjaga mata bermakna tidak melihat perkara-perkara maksiat atau perkara-perkara yang tidak perlu kita lihat.
8.Menjaga lidah.
Meninggalkan percakapan keji dan perkara yang tidak perlu dicakap. Bahaya percakapan sangatlah banyak. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada menjelaskan (yang bermahfum), “Kalau kamu tidak banyak bercakap, maka kamu akan nampak apa yang aku nampak”.
9.Menjaga telinga.
Memelihara telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya didengar. Kalau tidak perkara-perkara yang didengarkan itu akan menyemakkan hati.
10.Menjaga pergaulan.
11.Meninggalkan pergaulan yang tidak berfaedah.
12.Tidak makan berlebihan dan meninggalkan makanan yang tidak berfaedah.
13.Meninggalkan tidur supaya tidak melebihi daripada sepatutnya.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh
Rasulullahlah Sallallahu’alaihiwasallam adalah ikutan kita dalam mendapatkan hiburan dan kelapangan hidup. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam makhluk terbaik yang memiliki faktor-faktor yang memberi hiburan dan kelapangan kepada jiwa. Oleh itu makhluk yang paling baik, terhibur dan terlapang ialah makhluk yang paling banyak mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.
Kemuncak kesenangan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ialah dengan mendapatkan kesenangan dada dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala. Begitulah juga para pengikut baginda akan turut mendapat bahagian kesenangan dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala Allah Subhanahuwata’ala akan menjaga, mempertahankan, memuliakan, memperkuatkan dan menolong para pengikut setakat mana mereka mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.
Sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah Subhanahuwata’ala. Sebaliknya kalau dia mendapat yang tidak baik, maka janganlah dia mencaci Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan persalahkanlah diri sendiri. Mungkin pada dirinya terdapat sifat pengecut, bakhil, menentang Allah, lalai berzikir kepada Allah, jahil dengan Allah, jahil dengan nama dan sifat Allah Subhanahuwata’ala atau bergantung kepada selain daripada Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya sesiapa yang bersifat sedemikian diharamkan jiwanya daripada merasa bahagia.
Roh atau hati yang merasai bahagia
Yang merasai bahagia ialah roh atau hati. Kalau kita abaikan faktor-faktor tadi, maka hati akan menderita. Hakikatnya bukanlah telinga, mata atau anggota zahir yang merasai tetapi hati. Hiburan hati lebih sedap dan puas daripada hiburan zahir.
Nikmat hati yang kita terima bukanlah terhenti di dunia sahaja, bahkan berterusan hingga ke alam Barzakh. Alam Barzakh akan menjadi taman syurga dan menghiburkan. Sebaliknya hati yang sempit di dunia akan terus terazab di alam Barzakh.
Dengan nikmat hati, orang yang berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala tidak akan merasa penat lantaran dia merasai kelazatan.
Oleh: Abu Muhammad
Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyim)
Isnin, 21 Disember 2009
hazihi usraotieyyy...
,yang no 2 adalah yang bertudung kunin,
namanya nurhamira,20 tahun,Mcya
yang ketiga awek yang bebaju pink ,nurhanim@mcha ,17 tahun
yang keempat.tudung hitam.tocik nama manjanya,16 taun
ni adik bongsu,m.Asyraaf.baru berusia 12 tahun
orang panggil Lah
yang ni nama dia Danial Danish.
Anak asuhan.2 taun ma...
sangat suka bemain laptop saya..
nyam..nyam..nyam..sedapnye cream puff
Cream Puff | |||
Kiriman : Jeni Pastry 250ml air 125g butter 150g tepung – diayak ¼ st garam 1 st gula 4 biji telur Cara Membuatnya
500ml susu segar 100g gula 80g tepung custard Cara Membuatnya
|
Ahad, 20 Disember 2009
desiran hati yang mendayu..ya Allah..
BILA HATI BERKARAT....
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air."
Seorang sahabat telah bertanya,
"Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"
Maka jawab Rasulullah,
"Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."
Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.
Rasulullah bersabda :
"Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong."
Riwayat At Tirmizi
Links to this post JagalahHati , renungan
Rabu, 16 Disember 2009
mereka?bukan halangan..
Mereka Bukan Halangan
www.iluvislam.com
dihantar oleh: afifahazam
editor: deynarashid
Sebahagian daripada kita ada yang menghadapi masalah dalam mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing untuk terlibat dengan program-program da’wah dan tarbiyah. Sehingga timbullah perselisihan dan sebagainya.
Hal ini terjadi mungkin kerana ketidakfahaman ibu bapa kita tentang hakikat da’wah yang sebenarnya, atau khuatir kalau-kalau anaknya terjerumus dan terlibat dengan perkara-perkara negatif yang semakin berleluasa di luar
Apabila kita terlalu asyik berprogram sehingga mengabaikan keluarga, tidak hairanlah perasaan takut dan khuatir dalam diri ibu bapa kita akan timbul. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang belum memahami hakikat da’wah, tujuan-tujuannya, dan juga manhaj dalam tarbiyah itu sendiri.
Ingatlah : “Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya.”
Jika seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilakunya mencerminkan akhlak yang tinggi, mengekalkan pencapaian yang membanggakan dalam pelajaran, mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik, dan tidak pulang lewat tanpa sebab, sudah pasti ibu bapa kita akan mengizinkan semua permintaan kita yang sebelumnya tidak dibenarkan.
Malah adalah lebih baik jika ibu bapa kita mengenali siapa kenalan kita terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan kita. Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih kepercayaan.
Kita sering menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghadapi keburukan dengan kebaikan, menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa, serta menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan do’a : “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.”
Kebanyakan orang-orang yang tidak peduli kepada da’wah kita adalah orang-orang yang tidak mengenal hakikat da’wah ini. Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan, “Ketidaktahuan masyarakat akan menjadi penghalang jalan kalian. Oleh kerana itu, tugas kita yang paling mulia adalah menjadikan masyarakat mengenal hakikat da’wah kita, kerana kebersamaan mereka dengan kita adalah lebih baik.”
Allah swt. Berfirman : “Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa, tentulah kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Maidah: 65)
Selasa, 15 Disember 2009
hmm.
Bukanlah aneh kita membaca tulisan, atau kata-kata begini:
"Buat apa pakai tudung, tapi mulut kuat mengumpat"
"Buang masa sahaja kau solat, aurat tak tutup"
"Huh pakai kopiah, tapi mata melilau tengok perempuan".
Inilah perkataan-perkataan biasa. Boleh jadi ada manusia yang sangat baik zahirnya, menutup aurat, solat tidak tinggal, tetapi kuat mengumpat orang lain. Sebaliknya pula, bukanlah pelik kita melihat si gadis bermini skirt menderma wang kepada orang yang memerlukan.
Ini kerana kita semua manusia. Tiada manusia yang sempurna. Kita boleh jadi mempunyai kelebihan dari satu sisi, tetapi mempunyai kelemahan pada sisi yan lain.
Menidakkan kebaikan manusia hanya kerana kelemahan dia pada sudut yang lain adalah satu kezaliman.
Apalah hak kita menidakkan hak seorang gadis yang memakai skirt untuk menderma wang kepada yang memerlukan.
Apalah hak kita untuk menyekat si lelaki yang suka merenung perempuan daripada menjadi kaki masjid.
Apalah hak kita untuk menghalang pasangan yang sedang masyuk ber'dating' daripada menunaikan solat jemaah di masjid apabila masuk waktunya.
Yang salah ditegur, dinasihati, yang benar tetap benar, walau siapapun pelakunya.
Kerana kita semua manusia yang berdosa, dan sebaik manusia-manusia yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah.
Maka, fahamilah bahawa sangat salah kata-kata begini:
"Kau ni baik tak payah pakai tudung, buat malu sahaja pakai tudung tapi keluar dengan jantan"
Tegurlah yang salah, buat apalah mengeji kebaikan yang dia lakukan.
Kita, dia, aku, engkau semua adalah manusia yang berdosa. Kita lahir dengan fitrah dan suci, tetapi semakin kita membesar, terus menerus dosa dilakukan sama ada sedar atau tidak.
Itulah fungsinya taubat yang akan menghapuskan noda-noda hitam di dalam diri kita.
Setelah menyedari bahawa kita adalah insan yang berdosa, lalu, wajarlah kita terima manusia seadanya, terima kelebihan mereka, dan nasihati kelemahan mereka.
Bersyukur atas kelebihan kita, dan menerima nasihat atas kelemahan yang ada.
Tetapi, menjadi manusia bukanlah alasan buat kita menjadi pelaku dosa. Jangan kita pula berbangga menjadi manusia pelaku dosa lantaran wujudnya hadis yang menyatakan Islam akan ditegakkan oleh insan-insan pelaku dosa (:insan jahat).
Rabu, 25 November 2009
bilA ImAn Retak!?
sering kali anum dengar pasal hubungan ngan pakwe retak,gaduh la jeles ngan si sidia la..perselisihan dengan teman2, m ..temn tp mesra...m mcm2 lg la mslh hubgn dengn msyrkt ni tp yg mnimbulkn musykil kita adalah..pernah tak kita mengadu hubungan kita denganAllah macamana?
bla tyme cuti2 mesia ni..
sush tol nak menten iman.nak2 dekat umah ada astro ..macam2 adaaaaaa....
paling syok sekali tengok de bigest loser..huhuuu...macam game 2 untuk kite jek...
buka2 fbook td org dok komen pasal zaman pra pismp yg sume masih kecik2 n melidi...
haa BEBALIK kepada topik asal...
bla iman da nak rapuh..blom retak dan hancur bederai...
Biji benih gred A, andai tidak dibaja dan dijaga, masakan dapat menghasilkan buah yang sedap. Samalah halnya dengan cinta, andai tidak dibaja, masakan dapat terus kekal bahagia.
..Tetapi ada juga rezeki yang membutakan jiwa penuntut ilmu di jalan Allah, hingga tenggelam dalam KEPERLUAN mengatasi TUJUAN. Apa yang diperjuangkan bukan lagi sebuah TUJUAN, sebaliknya tenggelam dalam KEPERLUAN (yang tidak pernah cukup dan memuaskan)..
Dan kalau tak terus bertabah dan bertahan di sini, mungkin akan jatuh tersungkur, lebih malang jika imej Islam itu turut dinilai bersama 'kesungkuran' kita. Then I started to realize that in every second and every bit of my life, only HIM that I really need. I admit that when I am down, I need someone to reach out a hand for me to hold, to bring me back alive. No matter how strong people would see me. Tetapi sesungguhnya it’s Him that give me the strength. I don’t need anyone else. Maka, sesungguhnya saya tersangat lemah jika saya jauh dari Dia. …and on Allah should you rely if you are believers. (Surah al-Maidah, 5:23)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." BaihaqiHuraian :Pengajaran Hadis:i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagiorang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.
Saya sering memuhasabah, dan apa yang saya dapat lihat ialah hari ini dalam tidak sedar kita sering silap dalam meletakkan prioriti sesuatu perkara. Kalau ditanya, boleh atau tidak kita membaca majalah, sudah tentu jawapannya boleh. Bagaimana pula dengan membaca al-quran? apatah lagi! Tetapi, kita lebih berminat untuk membaca majalah.
Hari ini, kita seharusnya koreksi kembali, bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela di muka bumi adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri. Jiwa kita kosong bahkan ianya diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi. Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Iya! kekuatan rohani.
Mungkin kemampuan kita tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan ialah beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan puasa. Subhanallah! Hari ini kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati ini ada niat untuk membacanya, Nauzubillah min zalik. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya. Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata.
Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.
Isnin, 23 November 2009
di suatu pg yg cerah..
bole byg tak tahap kebesaran aku dikala cuTI meleysia ni...HUHUiii!!
tak heran sejak masuk maktab berar aku naek 20 kg??
sebulan lepas aku kena marah dgn lecturer pj,
di suatu pagi yg cerah agak2 ayam da tak berkokok en Azman memanggil daku dan teman seperjuangan ku.
"Awak ni saya tengok da naek badan (kawan ku)tapi awak yg sorg lagi ni da tak macam org!!"
tekedu lidah ku dengan wajahku yg memg da tomey dan kurg cun..alahay..nasib badaaan..tapi tak taw la bukan tak mau kurskan badan balik nle pakay baju cantek balik tapi...m..soul tu tak datang ag..
huhu kepada wan Nur hakimah pabila drimu menjejakkan kaki ke tanah Mekah..di depan Kaabah tlg mintak doa yg bunyik nya
"ya Allah beri lah anum rupa paras yg cantik secantek akhlaknya..(akhlak camana lak?
IKHLAS!?
Ahad, 22 November 2009
Kamu Dan Saya
m m m dia sangat memahami diri ini...
tak penah nak paksa
ana tetp respek dia sebagai seorang manusia yg bertimbang rsa yg paham kondisi ..
thanks alot Mr Megat.
nih kawan2 ..sampae akhir hayat takkn lupa kenangan kita
Saya teringat kepada perempuan-perempuan itu
Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini. Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.
Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.
Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?
Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?
Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.
Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani. Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.
bingkisan..
budak ni lg tabah!!!
Sabtu, 21 November 2009
"Allah yg bri kita sakit Allah yg menyembuhkan kita..
salam pertemuan...hadiah dari Illahi yg menganugerahkan tenaga buat hambanya menggerakkan jari jemari menulis seseuatu yang sudah lama diimpikan...
Sejak 2 menjak ni...
hatiku tak keruan mengenangkan apa yang terjadi..
sehingga suatu hari selepas memberi salam solat Isyak,aku langsung jatuh..tak bermaya...belum sempat ku buang telekungku yang membaluti sekujur tubuh..aku dah tak berdaya...aku tak berdaya menahan ujian ini...kurasakan darah mengalir ke kepala ku dengan begitu laju seperti kereta F1 memecut di litar Sepang..pintu bilikku dibuka oleh mekna..
jauh..jauh..nun disebalik pintu dikuak...
kuterdengar sayup..sayup..."jangan tdo lagi buka telekung dlu num..."
aku mengalih pandangan ke arah Mekna seperti mengalihkan batu yg sangat berat...
"nape num???num.. num....!!bangun...!!!!"
ku cuba jua senyum ke mekna...
namun linangan air mata yg ku hamburkan....
ya Allah ujian apa ni...???
aku tak tahan lagi..
sungguh aku insan yg lemah..jgn kau uji jika tidak aku mampu...
Ya Allah....
puas aku ke hospital mencari penawar sakitku...namun tak kunjung hilang..semakin ku ubati semakin terasa denyutan dikepala..suatu ketika selepas sujud terakhir disurau nurul iman...
sakitku hilang serta merta!!
ya Allah rupa2 nya inilah penawar sakitku...
merapatkan dahi ke lantai ...
bersujud kepada Mu di saat kepalaku di hujung kaki saf depan...
betapa hinanya aku...
ya Allah aku bersyukur ....
"Allah yg bri kita sakit Allah yg menyembuhkan kita.."masih ku ingat kata cek nor..
La tahzan Innalah ha Maana
Kamu yang benci aku,aku tahu ,mungkin Allah tengah berbicara denganku..
kamu yang aku sayang sampai bila aku takkan benci kamu kerna aku tahu aku sayang kamu kerana kita ditemukan Allah...Kamu..aku pohon ampun andai kamu sudah tidak cinta sama aku..kamu..aku pasrah segalanya ..